Monday 30 April 2012

SYUKUR...SYUKUR...SYUKUR

kadang2 kita terlalu nak benda yg belum pasti jadi milik kita..
sampai kita lupa nak bersyukur dengan apa yang kita dah ada..

selalu sangat kita berangan nak dapat sesuatu yang bukan hak kita..
padahal benda yang ade kat kita sekarang bukan hak kita pun..
kita je yang suka syok sendiri kate tu kita yg punye..
(x malu ke??? ish..ish..ish)


hari-hari kita gelabah nak kejar hari akan datang..
padahal hari ni kita x perform sehabis baik yg kita boleh..


kita selalu risau kalau malam ni kita KELAPARAN, risau klu xde MAKANAN..
padahal x semestinye kita MAKAN kita kenyang..
kenyang tu bukan makanan yg bagi tp ALLAH yg beri..

kita selalu risau DUIT habis..x dpt beli makanan yg sedap2..risaunya dpt gaji lambat.. rase cm MUFLIS plak bila gaji masuk lambat..
padahal ALLAH yg bagi kesenangan, kelapangan.. klu ALLAH x izinkan kta berada dlm kesempitan, xde duit pun kita boleh rase mcm org kaya..

apa lagi yg kita nak ALLAH x beri???
xkan ad satu pun yg kita nak ALLAH x tunaikan..
jom MUHASABAH dan terus MUHASABAH.

BERSYUKURlah selagi kita mampu BERSYUKUR!!!







Wednesday 25 April 2012




"UJIAN bukan penamat, tetapi permulaan untuk terus MEMECUT mencari redha ALLAH!!"

Allah berfirman:
  "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya(rahmat itu) bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.” 
Surah Al-A’raf ayat 156.

Maka apabila diuji, fokuskan untuk melakukan banyak kebaikan di dalam hidup, agar rahmat Allah yang luas itu, ‘menyentuh’ kita. Mungkin kita diterima semula, mungkin dapat yang lebih baik, mungkin jadi lebih bahagia, mungkin jadi lebih berjaya, dan sebagainya. Siapa tahu?

Yang penting, percaya kepadaNya, kembali kepadaNya.

Dia Maha Tahu, dan kita hanya berusaha!

(itmotivateme-copied)

Saturday 21 April 2012


Di saat engkau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku..
Kerana aku akan mendidik bakal-bakal zuriatmu kelak..
Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang ALLAH anugerahkan ini..
Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita, tetapi aku menjaga dalamanku..
Supaya keredhaan ALLAH selalu bersamaku walaupun aku terluka..
Andai engkau bakal menjadi imam pada solat malamku..
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga dan agama..
Andai hilang rasa cinta dan kasihmu terhadap diri ini..
Ingatlah bahawa ini amanah ALLAH terhadapmu..

(copied)