-motivatenmotivate-
1) "Kita mahu membina manusia yang mahu dan sanggup memikul panji-panji dakwah ini. Dan tempat manakah yang paling sesuai untuk melaksanakan amanah ini selain daripada bulatan gembira yang betul-betul hidup dan basah..??
Jadikan bulatan gembira anda sebagai titik tolak untuk hadek-hadek anda berubah. Jadikan bulatan gembira anda sebagai garis permulaan untuk mereka mula memecut laju ke garisan penamat nanti. Dan jadikan bulatan gembira anda sebagai tapak semaian untuk benih-benih inqilab Islami.
(quoted)
2) "Amalan yang paling disukai Allah adalah pekerjaan yang berterusan walaupun sedikit (Istiqamah)."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
(quoted)
4) "Sekiranya rasional dan benar teguran daripada sesiapa pon, terimalah dengan hati yang rendah. Terima dan berazamlah untuk mengubah kelemahan yang ada pada diri. Espeseli kelemahan, kekurangan dan kebobrokan yang bisa melemahkan dan melambatkan lagi deru angin dan laju lari dakwah dan tarbiyyah.
Dan seandainya teguran atau pandangan daripada sesiapa pon itu tiada asasnya dan perlu untuk anda tegakkan kebenaran, maka perbetulkanlah dengan penuh kasih-sayang. Jangan sesekali marah atau menyimpan dendam. Ketahuilah, mereka amat menyayangi anda; kerana itu mereka sanggup menolak perasaan sendiri ke tepi untuk melihat anda menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang, gemilang dan terbilang.."
(quoted)
(to be continued...)
like sangat3....
ReplyDeletejdkan bulatan itu,
yang mampu membasahkan hati2, mengerakan amal, melaksanakan satu revolusi diri, keluarga masyarakat dan, seterusnya, dan seterusnya..
bulatan gembira, yang mnmbhkn cinta kepada Allah
yg mengikat hati sesama muslim
yang mnjadikan kehidupan lebih bermakna, insyaAllah :)
salam jejak
-satu bulatan dgn kamu^^-
comelnyer bulatan
ReplyDelete^_^
ReplyDelete